fbpx
MARTINEZ dilayangkan kad merah yang dianggap menjadi punca United terpaksa menanggung kekalahan berdepan Leeds awal pagi semalam. - AFP

EPL: Carrick selar pengadil punca United tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick mengakui pasukannya menerima tamparan hebat apabila tewas 1-2 kepada Leeds United sekali gus mencatat kekalahan pertama di Old Trafford sejak mengambil alih pasukan pada Januari lepas.

Pada perlawanan itu, United terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Lisandro Martinez dilayangkan kad merah sehingga memudahkan pasukan pelawat untuk meraih kemenangan di gelanggang keramat The Red Devils sejak 1981.

Menurut Carrick, beberapa keputusan pengadil wajar dipersoal khususnya insiden yang menyaksikan Martinez dilayangkan kad merah hanya kerana menarik rambut penyerang Leeds, Dominic Calvert-Lewin.

“Kami tidak bermula dengan baik. Gol pertama mereka hadir selepas Leny Yoro dikasari, tetapi tiada tindakan diambil oleh pengadil (untuk batalkan jaringan tersebut). Itu adalah detik yang menentukan keputusan perlawanan ini.

“Kemudian, layangan kad merah kepada Martinez adalah salah satu keputusan paling buruk yang pernah saya lihat. Dia hanya disentuh di muka, hilang imbangan dan sentuh rambut lawan, tetapi terus dilayangkan kad merah,” katanya..

Sementara itu, kapten United, Bruno Fernandes turut pula menganggap rakan-rakan sepasukan gagal menampilkan aksi terbaik, khususnya dari segi kawalan permainan.

“Kami tahu mereka akan menekan satu lawan satu, tetapi kami tidak cukup baik dalam situasi bola pertama dan kedua. Kami beri terlalu banyak ruang sehingga menyaksikan pasukan mudah dibolosi dua gol,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN