fbpx
CUNHA meledak gol tunggal perlawanan ketika United berjaya menewaskan Chelsea dengan kemenangan tipis awal pagi semalam. - AFP

EPL: Man. United menang tanpa benteng kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali interim Manchester United, Michael Carrick mengakui sangat lega selepas menyaksikan pasukannya berjaya mencatat kemenangan 1-0 membenam Chelsea di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Jaringan tunggal menerusi Matheus Cunha sudah cukup untuk membantu kemenangan United yang perlu bangkit selepas mencatat kekalahan mengejutkan ketika tewas kepada Leeds United di tempat sendiri minggu lalu.

Biarpun turun beraksi di bawah standard sebenar, United berjaya memanfaatkan satu-satunya percubaan tepat berkenaan untuk menghasilkan jaringan terutama ketika mereka berdepan krisis kekurangan pemain di bahagian pertahanan tengah.

“Ini adalah situasi yang kami perlu hadapi ketika ini dan kemenangan seperti ini sangat sukar digambar kepuasannya.

“Ia membuatkan saya sangat gembira apabila menjadi sebahagian daripada pasukan untuk mengharungi perlawanan dan situasi seperti ini,” katanya.

United kehilangan dua pemain pertahanan tengah senior, Harry Maguire dan Lisandro Martinez yang digantung perlawanan selain Leny Yoro yang menjadi pemain terbaharu mengalami kecederaan ketika sesi latihan pada Jumaat.

Situasi itu menyebabkan Carrick tidak mempunyai pilihan kecuali meletakkan kepercayaan kepada dua pemainnya, Ayden Heaven dan Noussair Mazraoui untuk beraksi sebagai pemain bek tengah.

“Kemenangan ini sangat penting untuk kami biarpun terpaksa melalui jalan yang berbeza selepas berdepan masalah penggantungan dan kecederaan. Para pemain wajar untuk mendapatkan pujian selain barisan kejurulatihan yang merangka taktikal kali ini.

“Kami mampu untuk bermain lebih baik selepas ini, tetapi saya fikir untuk perlawanan ini kami meletakkan keutamaan untuk menang dan berjaya melakukannya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN