fbpx

Pemain MU tunjuk jari tengah pada penyokong Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diallo menunjukkan isyarat jari tengah ke arah penyokong di Malaysia pada Rabu lalu. - Facebook

KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak kelab Manchester United, Amad Diallo  menerima kecaman orang ramai kerana  menunjukkan isyarat jari tengah kepada penyokong Malaysia, lapor portal berita VNExpress semalam.

Kejadian berlaku selepas skuad The Red Devils tewas 0-1 menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu lalu. 

Rakaman dimuat naik di laman X memaparkan pemain bola sepak kelahiran Ivory Coast itu sedang berjalan menuju ke bas untuk kembali ke hotel penginapan mereka selepas tamat perlawanan.

Dia kemudian menunjukkan jari tengah ke arah penyokong yang berkumpul di luar stadium dengan kebanyakan mereka memakai jersi kelab tersebut. 

Rakaman itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana isyarat jari tengah dianggap sebagai perbuatan menghina. 

Selepas klip video itu tular, Manchester United tampil menjelaskan perbuatan Diallo adalah sebagai tindak balas terhadap penghinaan peribadi yang ditujukan kepadanya.

“Saya menghormati semua orang tetapi tidak kepada mereka yang menghina ibu saya. Saya tidak sepatutnya bertindak seperti itu, namun saya tidak menyesal apa yang saya lakukan. 

“Bagaimanapun, kami mempunyai masa yang seronok di Malaysia bersama orang-orang baik,” kata Diallo di laman X. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI