fbpx
BIBIANA (duduk dua dari kanan) bersama petugas media Tabung Haji ketika ditemui di Abraj Al Tayseer, Mekah baru-baru ini.

‘Orang pandang seperti tiada ilmu, sedih juga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEKAH – “Sebelum ini saya sa­ngat naif. Saya hanya berharap Allah hapuskan dosa-dosa saya.”

Demikian ujar Bibiana Layola Lee, 55, berhubung kembaranya sebagai tetamu Allah tahun ini selepas bergiat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Kongsi Rezeki (GKR) bagi membantu golongan memerlukan.

Beliau yang memegang watak utama dalam filem Rozana Cinta ‘87 berkata, dia pernah menunaikan umrah dua kali iaitu pada 2017 dan 2023 dan dijemput me­lakukan haji selepas menyimpan wang sejak tahun 2000.

“Masa itu belum terfikir apa-apa (untuk menunaikan haji) namun apabila semakin me­ningkat usia, sekarang sudah 50-an sudah sedar. Kubur sudah panggil, rumah suruh pergi. Jadi, ketika buat umrah pada 2023 terus terdetik untuk menunaikan haji.

“Semoga Allah hapuskan dosa-dosa saya, berikan hati ini kekal ingin menimba ilmu agama, kalau saya cerita banyak sebenarnya saya berharap,” katanya ketika ditemui di Abraj Al ­Tayseer, di sini baru-baru ini.

Selain berlakon, Bibiana atau nama Islamnya, Nur Habibah Abdullah juga penyanyi kumpulan Skyfire dan meninggalkan bidang hiburan 20 tahun lalu.

Terkini, beliau giat menjalankan kegiatan membantu golo­ngan memerlukan melalui GKR dan sedikit sebanyak memberi ‘ganjaran’ pahala daripada amalan tolong-menolong tersebut.

“Ramai yang bertanya tidak mahu menyanyi, berlakon lagikah? Itu semua bermain dalam kepala, cuma saya berdoa kepada Allah agar membawa saya ke arah lebih baik.

“Sebab itu saya melibatkan diri dalam NGO ini, banyak berinfak, beri beras kepada fakir miskin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN