fbpx

‘Sudah-sudahlah, Thalita diam sekejap boleh? Mummy pening’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watie memaklumkan anak tirinya, Thalita kini terlalu meminati bidang nyanyian.

PETALING JAYA – “Nak jadi penyanyi perlu tunjuk minat.”

Demikian antara pesanan yang pernah dititipkan usahawan dan isteri kepada pelawak, Shuib isitu Watie Hanafiah, 36, kepada anak tirinya, Thalita sebelum bergelar seorang penyanyi.

Menurut Watie, Thalita atau nama penuhnya Dzahira Thalita Zahra, 13, perlu selalu berlatih bagi dapat membantu memantapkan lagi vokal dan teknik persembahan.

“Dulu saya selalu cakap, Thalita kalau nak jadi penyanyi perlu tunjukkan memang benar-benar minat nak jadi seorang penyanyi.

“Perlu tahu dan selalu dengar banyak lagu. Perlu kerap menyanyi, di dapur, bilik air dan dalam kereta juga perlu dengar lagu serta menyanyi,” katanya menerusi satu hantaran dalam TikTok baru-baru ini.

Namun, Watie berkata situasi mula berubah selepas apabila Thalita kini terlalu meminati nyanyian.

“Sudahnya sekarang bila dia sudah terlampau minat menyanyi, semua tempat dia ajak menyanyi.

“Sampai kadang-kadang saya terpaksa cakap Thalita, sudah-sudahlah itu.

“Diam sekejap boleh tak, mummy sudah peninglah,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, netizen memuji Watie merupakan ibu tiri yang baik kerana memiliki sifat sabar dan melayan anak-anak Allahyarham Siti Sarah seperti zuriatnya sendiri.

“Bagusnya Watie melayan Thalita. Mungkin Thalita tak dapat manja dengan ibu sebab itu ‘clingy’ dengan mummy.

“Suka tengok Watie jaga anak-anak tiri,” komen netizen.

Terdahulu, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah mendirikan rumah tangga dengan Shuib pada 23 Jun 2023.

Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI