fbpx

Penduduk lihat lembaga putih kendong budak 7 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG budak perempuan didakwa disorok oleh puntianak. - Foto Instagram @sukodonoceria

JAKARTA – Seorang budak perempuan berumur tujuh tahun hilang, didakwa disorok oleh  puntianak dalam kejadian di Desa Pekarungan, Pulau Jawa, Indonesia, lapor portal berita Detik Jatim semalam.

Kanak-kanak dikenali sebagai ZA hilang secara misteri selepas bertengkar dengan adiknya kerana berebut telefon bimbit.

“Kami bermain di rumah temannya. Sehingga pukul 11 malam (waktu tempatan), kami mencari-carinya tetapi gagal menemukan. 

“Penduduk sudah (mencari) di keliling kampung sampai ke desa sebelah,” kata Sesilya iaitu sepupu ZA.

Sejumlah penduduk kemudian mengaku melihat bayangan putih berambut panjang menggendong ZA.

Sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan), penduduk juga melihat lembaga itu membawa ZA ke atas pohon mangga.

Sesilya sempat melihat wajah lembaga itu yang sangat buruk, penuh darah dan berambut panjang.

Pencarian mangsa berlanjutan hingga menjelang subuh. 

Namun, ZA akhirnya ditemukan sekitar pukul 5.52 petang (waktu tempatan) oleh sekumpulan kanak-kanak yang mencari mangsa di rumah rakannya. ZA ditemui dalam keadaan tertidur di ruang tamu.

Menurut seorang dukun, ZA dihantar ke rumah rakannya oleh puntianak itu kerana rumah budak tersebut mempunyai ramai tetamu. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI