PETALING JAYA – Tindakan mencemaskan seorang wanita menjerit di khalayak mencetus kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Video perkongsian seorang pengguna Facebook memaparkan seorang wanita bersama dua anaknya menjerit di kaki lima sebuah kedai.
Difahamkan, wanita itu baru selesai urusan di Hospital Kuala Lumpur, tetapi tidak dapat pulang ke rumah kerana kenderaannya ditarik.
Disebabkan tertekan dan takut dimarahi suaminya, wanita itu bertindak menjerit di tempat awam.
Terdapat orang awam yang membantu tiga beranak tersebut dengan menghantar mereka pulang ke rumah dipercayai di Kuala Selangor.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai bersimpati dengan nasib keluarga tersebut.
“Kerasnya kehidupan, kalau kita rasa susah, ada yang lebih bernasib kurang baik daripada kita,” komen @ZoolHilmi.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan kakak (wanita) ini. Tidak sanggup tengok dengan dua anak kecil,” kata @Rafhana.
“Tekanan hidup ibu kota ini memang banyak kita kena hadap setiap hari,” balas @ChrisNg. -KOSMO! ONLINE