fbpx

Bantal letak jenazah berbuah pisang selepas 40 hari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batang pokok pisang itu mengeluarkan buah selepas dibuang di halaman rumah di Bangkalan. - INews

JAKARTA – Penduduk di Bangkalan, wilayah Jawa Timur terkejut apabila batang pokok pisang yang digunakan sebagai bantal untuk meletakkan kepala jenazah, berbuah selepas 40 hari dikebumikan, lapor portal berita INews semalam. 

Kejadian berlaku di Desa Genteng dalam daerah Konang. 

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan batang pokok  pisang itu mengeluarkan buah yang banyak.  

Menurut penduduk tempatan dikenali sebagai Ibrohim, batang pokok pisang itu pernah digunakan sebagai bantal kepala untuk memandikan jenazah sebelum dibuang di halaman rumah. 

“Selepas 40 hari, batang tersebut bukan sahaja subur tetapi sudah berbuah. 

“Saya hairan kenapa ia tumbuh seperti itu meskipun tidak ditanam dan dibiarkan di atas tanah,” kata Ibrohim.

Sebilangan penduduk menyifatkan kejadian itu sebagai ajaib meskipun tiada penjelasan daripada pakar pertanian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI