fbpx

Bagnaia ‘perlekeh’ kejayaan Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAGIA kempunan podium buat kali kedua berturut-turut selepas gagal menamatkan GP British kelmarin. - AFP

SILVERSTONE – Francesco Bagnaia terus tertekan apabila gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) British kelmarin dan menjadi kali kedua berturut-turut dia kempunan untuk menaiki podium.

Keputusan hambar tersebut menyaksikan jurang mata pelumba yang turut mesra disapa Pecco itu dalam perebutan gelaran dunia kepada lebih 70 mata di belakang rakan sepasukannya di Ducati, Marc Marquez.

Lebih menarik apabila Bagnaia menyindir masalah sebenar Ducati telah ‘disembunyikan’ oleh prestasi hebat Marquez sepanjang hujung minggu.

“Marc (Marquez) sebenarnya menutup masalah kami dengan prestasinya tetapi sekarang semua nampak kami memang ada isu dari awal minggu.

“Tanpa insiden Fabio Quartararo (Yamaha) yang terjauh mungkin tiada langsung Ducati di atas podium,” kata juara dunia dua kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu.

Mengulas insiden perlumbaan, Bagnaia mengakui dia bermula dengan baik dan hampir pasti akan bertarung hingga ke garisan penamat dengan Quartararo sebelum perlumbaan dihentikan akibat bendera merah.

“Saya ikut rapat Fabio (Quartararo) dan sedia menyerang. Selepas red flag, kami tukar tayar belakang dan semuanya jadi tak kena. Saya tak boleh pecut, tayar asyik meluncur ke tepi dan akhirnya terjatuh di selekoh ketujuh,” jelasnya.

Bagnaia turut mengakui jentera GP25 semakin tenggelam berbanding model terdahulu dan menganggap Litar Silverstone sebagai ujian sebenar kepada masalah Ducati musim ini.

“GP24 nampaknya lebih mantap di sini. Morbidelli juga cakap perkara sama.

“Kami dah cuba macam-macam sejak sesi latihan pertama, tapi tiada satu pun beri hasil. Rasa atas jentera pun lebih kurang sama dari awal hingga akhir minggu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI