fbpx

Pedih jadi Dr. Alaa hilang 10 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Alaa al-Najjar (dua dari kiri) bersama suaminya yang terlantar sakit di Hospital akibat serangan udara Israel.

PETALING JAYA – Seorang doktor pakar pediatrik dari Palestin, Dr. Alaa al-Najjar berdepan detik memilukan apabila kehilangan seramai 10 ahli keluarga sekali gus ketika sedang merawat pesakit di Hospital Nasser, Khan Younis semalam.

Menurut sumber ahli keluarga, rumah yang menempatkan seramai 10 anak Dr. Alaa musnah dalam serangan tersebut, mengorbankan hampir kesemua isi rumah.

Bagaimanapun, anak bongsunya, Adam, 10, terselamat dari serangan itu tetapi dalam keadaan kritikal.

“Sebaik mendengar berita, Dr. Alaa berlari dari hospital ke rumah keluarganya tanpa sebarang pengangkutan. Apabila melihat mayat yang rentung, dia menjerit dan menangis,” kata abang iparnya, Ali al-Najjar kepada AFP.

Mayat anak-anaknya ditemui dalam keadaan rentung dan tidak dapat dikenal pasti, namun begitu Adam terpaksa dipotong sebelah tangan dan mengalami melecur teruk di seluruh badan.

Bapanya, Dr. Hamdi al-Najjar, yang turut berada di rumah ketika kejadian, kini dirawat di hospital medan Jordan selepas menjalani beberapa pembedahan termasuk membuang sebahagian besar paru-paru dan menerima 17 pemindahan darah.

“Rumah itu hancur seperti biskut rosak,” kata Ali, mengimbas kembali situasi menggali runtuhan dengan tangan kosong bersama pasukan perubatan untuk mengeluarkan mayat anak-anak saudaranya.

Tambahnya, mereka terpaksa mengebumikan kesemua mangsa dalam dua kubur dengan jenazah paling muda berusia tujuh bulan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI