fbpx

Tiga suspek kes tetak teman lelaki bekas isteri direman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUBANG JAYA – Tiga suspek yang terlibat dalam kes tetak seorang lelaki sehingga parah di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Intan, di sini, Jumaat lalu direman sehingga lima hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, tiga suspek termasuk bekas suami teman wanita mangsa direman bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan lanjut.

“Reman terhadap ketiga-tiga suspek dibenarkan selama lima hari dan motif kejadian itu adalah kerana cemburu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki parah selepas ditetak tiga individu termasuk bekas suami kekasihnya di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Intan, di sini.

Dalam kejadian pukul 2.15 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala akibat dipukul dan ditetak suspek menggunakan pisau dan batang besi.

Menurut Mohd. Fairus, kejadian dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga dan cemburu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI