fbpx

Penduduk JB terjejas bekalan air dapat rebat 15 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA penduduk di sekitar Johor Bahru menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air bersih susulan gangguan bekalan sejak Selasa lalu.

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 155,074 akaun pengguna air di Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang mengalami gangguan bekalan air sejak Selasa lalu akan menerimanya rebat sebanyak 15 peratus bagi bil air bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, rebat itu melibatkan pengguna domestik dan bukan domestik iaitu termasuk kediaman, rumah ibadat, institusi kebajikan, premis perniagaan dan industri.

Katanya, pemberian rebat itu dipersetujui menerusi rundingan dibuat kerajaan negeri bersama syarikat penyedia bekalan air, Ranhill SAJ.

“Mungkin rebat ini tidak setara dengan kesusahan dialami penduduk yang terkesan. Namun, saya harap inisiatif ini dapat meringankan beban dan memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas

“Saya faham ini bukan satu isu yang kecil, lebih-lebih lagi apabila ia mengganggu kehidupan harian keluarga, pengoperasian sekolah, hospital dan premis-premis perniagaan,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap turut memberitahu, pihaknya mewakili kerajaan negeri meminta maaf kepada semua pengguna terjejas dan akan berusaha memastikan insiden sama tidak berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI