fbpx

Remaja lempar batu pada penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua remaja melemparkan batu ke arah penunggang motosikal. - Detik

JAKARTA – Dua remaja di Kota Malang, wilayah Jawa Timur menerima kecaman orang ramai apabila melemparkan batu ke arah penunggang motosikal yang melalui sebatang jalan, lapor portal berita Detik News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di Jalan Veteran pada 18 Mei lalu. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan dua remaja itu berdiri di tepi jalan sebelum melemparkan batu ke arah penunggang motosikal yang menggunakan laluan tersebut. 

Lemparan batu itu menyebabkan penunggang motosikal terbabas dan mengalami luka. 

Timbalan Ketua Polis Kota Malang, Asisten Komisioner Oskar Syamsuddin berkata, kedua-dua suspek telah dikenal pasti dan ditahan selepas pihaknya menonton video tular itu. 

“Seorang suspek berumur 16 tahun, manakala seorang lagi 18 tahun.

“Semasa disoal siasat, mereka mengaku bertindak demikian kerana berasa terganggu dengan bunyi kenderaan yang melintas,” tambah Oskar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI