fbpx

TMIYC cungkil bakat anak muda Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU Mahkota Ismail (tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan negeri Johor dan golongan belia pada Majlis Perasmian TMIYC Pasir Gudang.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang kelima di negeri ini di Pasir Gudang.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, TMIYC merupakan cetusan idea Tunku Mahkota Ismail sejak tahun 2020 yang bertujuan mewujudkan satu pusat belia moden di setiap daerah negeri Johor.

“TMIYC ini semua bukan sekadar pusat aktiviti belia, ia merupakan nadi pembangunan insan dengan pelbagai kemudahan moden seperti padang sukan, gelanggang ekstrem, hab e-sukan, pentas terbuka serta ruang niaga belia.

“Ia akan menjadi tempat anak muda mencungkil bakat, memupuk disiplin dan mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh,” katanya pada majlis tersebut, di sini.

Tambah Onn Hafiz, TMIYC Pasir Gudang tampil dengan pelbagai fasiliti moden termasuk pentas terbuka, gelanggang paddle, wall climbing, dewan utama, padang memanah, taman permainan kanak-kanak, kawasan trak makanan serta litar Go-Kart dan Moto CUB-PRIX. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI