fbpx

Serie A: McTominay cipta fenomena di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCTOMINAY

NAPLES – Pemain sensasi Napoli, Scott McTominay seperti tidak percaya dapat membantu Napoli merampas gelaran Scudetto pada aksi terakhir liga sehingga berjaya diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Serie A musim ini.

Pada aksi di Stadium Diego Maradona itu, McTominay muncul wira Napoli apabila menjaringkan satu gol untuk menghadiahkan kemenangan 2-0 ke atas Cagliari dengan satu lagi jaringan disumbangkan oleh Romelu Lukaku.

Kata McTominay, pengalaman musim pertama yang diharungi sejak berhijrah daripada Manchester United seperti dalam mimpi tetapi pujian wajar diberikan kepada rakan sepasukan yang bekerja keras hingga ke wisel penamat.

“Saya kehilangan kata-kata kerana kejayaan membantu Napoli menang Serie A sangat luar biasa. Kami semua berkorban sepenuh jiwa di atas padang sejak hari pertama dan berhak untuk bergelar juara.

“Mengenai gol tersebut, saya faham betapa pentingnya jaringan itu kerana pasukan berada dalam keadaan tertekan memandangkan ini adalah aksi wajib menang. Saya harap kita dapat kekalkan momentum sama pada musim depan,” katanya.

McTominay dianggap sebagai pembelian paling ‘jackpot’ buat Napoli apabila berjaya menjaringkan 11 gol dalam 33 penampilan termasuk enam bantuan jaringan.

Sementara itu, Lukaku percaya jurulatih pasukan, Antonio Conte wajar diberikan pujian kerana menaikkan semula keyakinan pasukan untuk mencabar gelaran hingga hari terakhir saingan.

“Kami masih beremosi dan semua layak bergelar wira. Tiada pemain yang menonjol kerana fokus beraksi sebagai satu pasukan dan itulah kunci kejayaan kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI