fbpx

Nurul Izzah rayu bantuan saya – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI (kiri) bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis Perasmian Kongkres PKR 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Timbalan Presiden PKR baharu, Nurul Izzah Anwar merayu bantuan daripada beliau selepas tamat pemilihan pada Kongres Nasional PKR, tahun ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, rayuan itu dibuat Nurul Izzah ketika pertemuan mereka pada Selasa lalu.

“Dalam pertemuan itu, Nurul Izzah sekali lagi merayu kepada saya untuk membantunya selepas pemilihan parti. Ada gambaran beliau menawarkan jawatan kepada saya. Saya nyatakan di awal perjumpaan saya tidak berminat dan akan menghormati keputusan pemilihan.

“Alasan yang diberi ialah kebimbangan beliau dengan barisan kepimpinan baharu yang dilihat bakal menimbulkan masalah kepada Presiden dan parti. Beliau berkongsi kebimbangan mengenai niat mereka, rekod mereka, amalan politik mereka dan kesannya kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Rafizi, Jika Nurul Izzah bimbang mengenai amalan mereka, Puteri Reformasi itu sepatutnya tidak bersekongkol untuk menang jawatan Timbalan Presiden.

“Saya tidak pandai bermuka-muka. Saya diketahui dalam dan luar parti yang saya tidak selesa dengan beberapa kumpulan yang pada pandangan saya tidak menggambarkan reformasi politik dibawa PKR.

“Amalan mereka banyak berkisarkan wang dan keghairahan mendapatkan jawatan bertentangan dengan janji reformasi yang dibawa parti. Saya konsisten menolak mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI