fbpx

Jelitawan hamil bangga berbikini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIARA ADVANI

PELAKON jelita Kiara Advani menjadi bualan hangat di Bollywood selepas teaser filem War 2 lakonannya ditayangkan kepada umum.

Kiara yang kini sedang berbadan dua dilihat tampil berbikini buat kali pertama dalam filem.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Kiara meluahkan rasa teruja dengan peluncuran ‘teaser’ filem tersebut.

“Banyak perkara pertama yang berlaku dalam filem ini. Filem pertama bersama Yash Raj Films, filem aksi pertama, gandingan pertama bersama Hrithik Roshan, kolaborasi pertama bersama pengarah Ayan Mukerji dan sudah pastinya babak bikini pertama dalam filem,” tulisnya.

Selain Kiara dan Hrithik, filem War 2 turut menampilkan pelakon terkenal India Selatan, Jr NTR.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI