fbpx

Pempengaruh dakwa tersalah hantar gambar tidak senonoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA — Seorang pempengaruh didakwa menghantar gambar tidak senonoh kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

Pendedahan itu dibuat oleh penyanyi dan pempengaruh, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli selepas memuat naik beberapa tangkap layar perbualan antara suspek dan mangsa di ruangan mesej peribadi Instagram miliknya setelah dihubungi ibu remaja tersebut.

Perbualan itu bermula apabila mangsa menyatakan hasrat untuk bekerjasama menghasilkan kandungan video yang mana anaknya menerima mesej berbaur lucah daripada pempengaruh tersebut di media sosial.

Menurut ibu mangsa, pempengaruh itu menunjukkan parut kesan pembedahan yang mana mesej itu turut tertera gambar tidak senonoh di WhatsApp.

Suspek merayu kepada ibu mangsa agar tidak membuat laporan polis, mendakwa gambar tersebut sepatutnya dihantar kepada teman wanitanya namun dihantar kepada mangsa secara tidak sengaja.

Insiden itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menganggap tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan.

“Bagi saya kat sini salah mak ayah sebab tidak kawal anak. Nasib mak dia sedar lain kali boleh jadi pengajaran dekat orang lain,” kata @Syukmirwani_.

“Biasanya memang yang jenis macam ini selalu nak buat gangguan seksual,” kata @Beyybiecha.

“Risau anak-anak kita. Bagus adik kerana berani salah tetap salah,” kata @Boss_shukex.

Difahamkan pempengaruh itu telah ditahan pihak polis selepas dipanggil untuk dirakam keterangannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI