fbpx

Herry Iman selar kredibiliti umpire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Khai Xing terpaksa akur dengan kekalahan berdepan pasangan Denmark selepas beberapa keputusan pengadil mencetuskan kontroversi.

KEPUTUSAN tidak konsisten dilakukan umpire melibatkan perlawanan gandingan negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters menimbulkan rasa tidak puas hati ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Herry Iman Pierngadi.

Prestasi umpire berkenaan menyebabkan suasana perlawanan sedikit kecoh apabila turut tidak disenangi penonton-penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil yang mencemuh beberapa keputusan kontroversi.

Herry berkata, anak-anak buahnya berdepan keputusan tidak adil hampir tiga kali sehingga menyebabkan semangat juang Aaron-Khai Xing luntur sebelum tewas 10-21, 26-24, 16-21 kepada Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark di pusingan kedua kelmarin.

Tambah beliau, memandangkan gelanggang perlawanan yang digunakan tidak memiliki teknologi untuk melakukan ‘challenge’, maka mereka terpaksa menerima setiap keputusan dilakukan umpire walaupun berat sebelah.

“Permainan mereka cukup baik dan sesuai dengan percaturan tetapi memang terganggu. Tiga kali keputusan (kontroversi) dibuat, termasuk bola (bulu tangkis) yang keluar dikatakan masuk dan begitu juga sebaliknya.

“Selain itu, dia turut mendakwa bola sudah terkena telinga Aaron sedangkan sudah mengelak dan jaraknya cukup jauh. Bagi saya, umpire itu memang tidak adil, ditambah pula gelanggang 2 tidak ada ‘challenge’,” katanya.

Paling ketara aksi berat sebelah dipamerkan umpire itu adalah ketika mendakwa bulu tangkis sudah terkena telinga Aaron sehingga menyebabkan Denmark mendahului 15-12 selain meletakkan pasangan negara dalam keadaan tertekan.

Jelas Herry, ketika beliau bangun dari tempat duduk dan bersemuka dengan umpire tersebut, beliau meluahkan rasa kecewa dengan setiap keputusan yang dibuat.

“Saya cakap terus kepadanya bahawa dia tidak adil, lebih-lebih lagi Aaron-Khai Xing adalah pemain muda. Kalau sekali itu saya masih boleh terima, tetapi ini tiga kali dalam satu perlawanan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga mungkin akan meminta pengarah kejurulatihan beregu negara, Rexy Mainaky dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melakukan bantahan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung isu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI