fbpx

Cape Verde tunai hasrat Cklamovski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara bakal berdepan tentangan hebat Cape Verde yang membawa pemain terbaik mereka pada dua aksi persahabatan kali ini. - FB MALAYSIA NT

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski berpeluang untuk menguji taktikal rahsia dalam aksi persahabatan menentang Cape Verde yang dijadualkan pada 29 Mei dan 3 Jun ini.

Seperti yang diharapkan Cklamovski, Cape Verde dilihat membawa skuad terbaik apabila pengendalinya, Bubista memanggil pemain yang berkelana di Eropah dan turut menyenaraikan bintang import Selangor, Alvin Fortes.

Ini adalah kali kedua Fortes dipanggil menyertai skuad kebangsaan Cape Verde selepas debutnya pada 2018 yang menyaksikan Blue Sharks menentang Algeria.

“Cape Verde adalah lawan yang bagus di mana mereka salah satu pasukan kuat di benua Afrika. Jadi, dengan kualiti yang mereka ada ia adalah bagus buat kami memantapkan pasukan.

“Ramai pemain mereka beraksi di Portugal dan pastinya ia akan beri ujian terbaik buat kami. Mereka boleh mengajar kami tentang aspek apa lagi yang perlu kami baiki sebelum hadapi lawan seperti Vietnam,” kata Cklamovski.

Antara pemain ternama yang turut dipanggil oleh Bubista adalah Logan Costa yang kini bermain dengan kelab Sepanyol dalam kancah La Liga manakala selebihnya majoriti pemain berpengkalan di Eropah.

Bubista juga mempunyai seorang lagi perisik bola sepak Asia Tenggara apabila turut memanggil pemain kelab Indonesia, PSM Makassar, Yuran Fernandes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI