fbpx

Permohonan UP_TVET masih dibuka, guna hanya satu email

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan permohonan pengambilan TVET Perdana (UP_TVET) ambilan Julai masih dibuka sehingga 15 Jun nanti.

Namun katanya, permohonan perlulah menggunakan hanya satu email sahaja semasa pendaftaran pengisian maklumat bagi mengelak kekeliruan.

“Kenapa penting menggunakan hanya satu email semasa pendaftaran?

“Penggunaan email yang berbeza-beza akan menimbulkan kekeliruan, terutamanya ketika ingin menetapkan semula kata laluan atau menjalankan urusan umum berkaitan akaun,” jelas beliau di media sosial Facebook.

Ahmad Zahid juga mengingatkan agar pelajar yang layak untuk tidak melepaskan peluang untuk membina kerjaya dalam bidang teknikal yang berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri semasa.

Jelas Ahmad Zahid, pemohonan boleh layari laman web web: https://mohon.tvet.gov.my dan lengkapkan permohonan di laman tersebut sekarang.

“Mari jadikan TVET sebagai pilihan utama kerjaya,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI