fbpx

[VIDEO] ‘Nak mencuri pilih la kereta Honda, ini Myvi ‘cabuk’ aku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang dikongsikan di TikTok Husna.

PETALING JAYA – Seorang pemilik kereta jenis Perodua Myvi mengalami detik cemas apabila mendapati kenderaannya telah dipecah masuk hanya dalam tempoh kurang lima minit selepas dia menyunggah sebentar di sebuah kedai serbaneka di Bangi, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh mangsa, Husna Ibrahim di TikTok, pelaku terbabit yang menunggang motosikal jenis Yamaha YSuku dilihat mendatangi kereta wanita itu sejurus dia masuk ke dalam kedai dan segera membuka pintu pemandu sekali gus membawa lari sebuah beg.

“Tak padan naik ‘visuku’ bab kata Datuk Alif, tapi papa kedana. Lain kali kau nak mencuri pilih la kereta Honda ka. Ini Myvi ‘cabuk’ aku kau pilih.

“Orang Bangi, Kajang ‘be ware’ (berjaga-jaga) lah ya,” katanya.

Pada masa sama, wanita itu mengakui kejadian berlaku disebabkan kecuaian dirinya sendiri disebabkan tidak mengunci pintu kereta.

“Tahu la aku cuai, kau memang tak guna la bang. Sampai sekarang aku tak puas hati. Sebabnya ‘maskara’ aku baru beli tau. Dia memang aim (sasar) orang cuai, kesian duit kita masa itu ada RM2O. Kena tangkao sia-sia sahaja bang.

“Tapi, mula dari hari itu, keluar kereta sekejap pun terus kunci. Telefon ke, beg ke aku dah tak letak atas meja kalau tengah makan. Pengalaman mendewasakan kita irang kata,” ujarnya.

Perkongsian wanita itu meraih lebih 870,000 tontonan sejak ia dimuat naik semalam dan pelbagai reaksi diberikan orang ramai termasuklah ada yang mengingatkan kaum wanita terutamanya untuk sentiasa mengunci kenderaan meskipun berada di dalam kereta.

“Duduk dalam kereta pun kena kunci, orang nak curi macam-macam cara,” pesan Aliya.

“Sekarang dunia penjenayah sekeliling. Aku nak isi minyak sebelah kereta pun ‘lock’,” kata @itskxxr. – KOSMO! ONLINE

@husnaiberahimm Jadi hasil dari kecuaian ni. Maka buat lah ic kali kedua dengan bayaran selepas diskaun RM265 😂 Warga bangi kajang. Beware ye dengan pencuri naik moto biru ni. #ysuku #kajang #bangi #beware #pencuri #fyp #fypdonggggggg #masukberanda ♬ original sound – Djz Hieng

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI