fbpx

Ada suspek kes simbah asid pemilik spa bukan dari Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (gambar kecil) dibantu oleh orang ramai selepas disimbah asid di premisnya di Beris Kubur Besar, Bachok. Foto ihsan penduduk

KOTA BHARU – Beberapa suspek yang terlibat dalam kes simbah asid ke arah seorang pemilik spa dan salun kecantikan di Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini pada Sabtu lalu dipercayai terdiri daripada individu yang bukan berasal dari Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, selain itu, terdapat suspek yang telah dikenal pasti dalam kes tersebut juga merupakan penduduk tempatan yang tinggal di negeri ini.

“Kita mengesyaki ada suspek yang terlibat dalam kes ini bukan dari Kelantan, namun polis tidak menolak kemungkinan penglibatan suspek lain dari negeri ini.

“Setakat ini, kita sudah mengambil keterangan daripada beberapa saksi yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an. Kita sudah memperoleh petunjuk dalam mengenal pasti suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, siasatan masih dijalankan dan pihaknya yakin suspek akan ditangkap dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI