fbpx

Kecoh hantu penanggal bertenggek di atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa orang mendakwa mereka melihat makhluk misteri itu melayang dari satu pokok ke pokok lain. - @folkkalteng

JAKARTA – Penduduk Kota Kuala Kapuas, wilayah Kalimantan Tengah kecoh apabila penampakan objek terbang bercahaya didakwa hantu penanggal, dilihat oleh orang ramai, lapor laman berita Warta Banjar.

Entiti itu dilihat pada 8 Mei lalu di kawasan tumpuan pelancong, Siring di Jalan Cilik Riwut.

Beberapa saksi berkata, makhluk misteri itu melayang dari satu pokok ke pokok lain.

Ada dalam kalangan mereka sempat merakam objek misteri bercahaya itu terbang.

Seorang penduduk bernama Isal berkata, objek itu hilang sebelum sempat orang ramai berpusu-pusu menghampiri pokok yang dikatakan menjadi tempat persinggahannya.

“Mungkin ia telah menghilangkan diri, tadi saya sempat melihatnya,” katanya.

Kejadian itu menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan penduduk, namun sehingga kini, tiada pengesahan dibuat mengenai objek tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI