fbpx

EPL: Cunha terima tawaran Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUNHA dilaporkan bersetuju untuk melengkapkan perpindahan ke United pada musim panas ini. - AFP

MANCHESTER – Penyerang Wolverhampton Wanderers, Matheus Cunha dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai Manchester United, sekali gus bakal menjadi pembelian pertama kelab itu di bawah kendalian Ruben Amorim musim panas ini.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano mengesahkan penyerang berusia 25 tahun itu telah menerima projek masa depan yang ditawarkan United, dengan persetujuan terma peribadi kini dalam fasa akhir rundingan.

“Manchester United kini hampir melengkapkan perpindahan Matheus Cunha. Pemain Brazil itu sudah menerima projek kelab dan hanya tinggal selesaikan butiran akhir antara semua pihak,” kata Romano menerusi akaun X miliknya.

Difahamkan Cunha bakal menandatangani kontrak jangka panjang di Old Trafford, manakala The Red Devils dijangka berbincang dengan Wolves berhubung struktur bayaran bagi klausa pelepasan bernilai €74 juta (RM356 juta).

Pengurusan tertinggi United dikatakan sebulat suara menyokong pembelian Cunha yang dilihat mampu memperkukuh bahagian serangan, terutama sebagai pemain tengah menyerang di belakang penyerang utama baharu.

Kelab itu turut menyenaraikan Victor Osimhen dan Liam Delap sebagai sasaran utama untuk posisi penyerang bagi menggantikan Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee.

Cunha dijangka meninggalkan Wolves selepas dua setengah musim yang menyaksikan dia meledak 33 gol dalam 90 penampilan bersama kelab itu.

Jika perpindahan ke United berjaya, Cunha akan menjadi pemain termahal yang pernah dijual Wolves, mengatasi rekod penjualan Matheus Nunes ke Manchester City pada 2023 yang bernilai €62 juta (RM298.92 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI