fbpx

Polis buru pencuri tabung surau di Telok Panglima Garang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu dipercayai suspek yang terlibat mencuri wang tunai RM200 daripada sebuah tabung surau di sekitar Telok Panglima Garang.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki diburu selepas mencuri wang tunai RM200 daripada sebuah tabung surau di sekitar Telok Panglima Garang di sini, kelmarin.

Kejadian itu terbongkar apabila seorang jemaah masjid yang berusia 62 tahun menemui tabung itu di ruangan tandas perempuan kira-kira pukul 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu itu pukul 10.27 pagi semalam.

Katanya, hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek berusia 20an dengan menaiki motosikal telah memecah tabung tersebut dengan anggaran nilai kerugian RM200.

“Polis masih mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah ini di talian 03-31872222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dipercayai suspek yang terlibat di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI