fbpx

Isteri pakai telekung sebab baju terbakar disimbah asid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (kiri) yang memakai telekung dibantu oleh orang ramai selepas disimbah asid di premisnya di pekan Beris Kubur Besar, Bachok malam kelmarin.

BACHOK – “Dia (isteri) pakai pakai telekung sebab pakaiannya terbakar.”

Demikian cerita suami pemilik spa dan salun kecantikan yang parah selepas disimbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di Beris Kubur Besar di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, wanita berusia 27 tahun tersebut melecur di lengan dan belakang badan. Mangsa sudah selesai menjalani pembedahan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian semalam.

Suaminya yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, kecederaan yang dialaminya isterinya adalah serius dengan baju dan seluar yang dipakai wanita itu terbakar akibat terkena cecair asid tersebut.

Empat suspek termasuk wanita berpurdah datang ke premis isterinya dengan menyamar sebagai pelanggan dan membuat janji urut sebelum kejadian.

Kejadian serangan asid itu turut disaksikan anak mangsa yang berusia tujuh tahun.

“Isteri beritahu dia tidak mengenali suspek. Ini merupakan kali pertama wanita itu dan tiga yang lain datang ke spa milik isteri,” katanya..- KOSMO! ONLINE

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI