fbpx

Stok makanan untuk jutaan penduduk Gaza, Sudan dibiar rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail stok makanan USAID. - Foto AFP/Getty Images

WASHINGTON – Stok bekalan makanan yang boleh memberi makan kepada 3.5 juta orang selama sebulan dibiarkan rosak di gudang seluruh dunia, lapor laman berita Metro UK semalam.

Menurut sumber agensi bantuan, kira-kira 60,000 tan metrik bekalan untuk wilayah dan negara yang dilanda kelaparan seperti Gaza dan Sudan terkandas di gudang di Houston, Amerika Syarikat; Djibouti, Durban, Afrika Selatan serta Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

Keadaan itu berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memotong pembiayaan kepada Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) pada Januari lalu.

Gudang itu dikendalikan oleh Biro Bantuan Kemanusiaan (BHA) USAID, manakala makanan itu diperoleh daripada petani dan pengilang AS, kata sumber tersebut.

Bekalan itu bernilai lebih AS$98 juta (RM421 juta), demikian menurut dokumen rasmi.

Sebilangan stok yang akan tamat tempoh seawal Julai ini mungkin akan dimusnahkan, sama ada menerusi pembakaran, menggunakannya sebagai makanan haiwan atau membuangnya dengan cara lain, kata dua sumber. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI