fbpx

Piala FA: Penantian panjang Palace bernoktah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALACE muncul juara Piala FA musim ini selepas menundukkan City pada aksi final di Wembley awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Crystal Palace menamatkan penantian selama 120 tahun untuk merangkul trofi pertama dalam kejohanan major selepas menewaskan Manchester City 1-0 pada aksi final Piala FA di Wembley awal pagi semalam.

Kali terakhir Palace menjulang gelaran adalah pada 1994 ketika mereka muncul juara saingan liga divisyen pertama yang ketika ini dikenali sebagai Liga Kejuaraan, sekali gus menyaksikan penantian panjang mereka bertemu noktah.

Gol tunggal perlawanan menerusi Eberechi Eze pada minit ke-16 selain kecemerlangan penjaga gol, Dean Henderson menyelamatkan sepakan penalti Omar Marmoush membolehkan skuad kendalian Oliver Glasner itu muncul juara.

Glasner mengakui penantian yang disertai usaha dan kerja keras dilakukan oleh para pemain serta seluruh pasukannya sebelum ini berbaloi dengan kejayaan merangkul ekaran Piala FA berkenaan.

Perlawanan tersebut menyaksikan City berjaya menguasai 80 peratus aksi, namun disiplin yang dipamerkan oleh para pemain Palace menyaksikan The Citizens terpaksa mengharungi satu lagi kekecewaan selepas turut tumbang di pentas final musim lalu dan mengakhiri kempen musim ini tanpa sebarang gelaran.

“Saya bagaikan tidak percaya, kami terlalu banyak bertahan sepanjang perlawanan. Semangat dan kerjasama dipamerkan oleh para pemain sangat luar biasa.

“Ia adalah mengenai kesabaran, kami banyak menganalisis perlawanan melibatkan City sebelum ini, mereka tidak boleh diberikan ruang di bahagian sayap kerana mereka pasti akan mengambil kesempatan.

“Kami perlu bersabar, biarkan mereka melakukan hantaran lintang, tetapi kami perlu berikan fokus untuk bertahan sebelum melakukan serangan,” katanya.

Glasner mengakui Palace telah belajar daripada kekalahan besar kepada City pada saingan Liga Perdana Inggeris bulan lalu untuk turun dengan aksi yang lebih baik pada pentas final kali ini.

“Mereka sangat bagus dalam mengatur pergerakan, kami tewas 2-5 sebelum ini apabila membenarkan mereka banyak beroperasi di bahagian kiri dan kanan.

“Kami juga tidak sabar untuk menyerang sebelum ini dan di situ kami belajar untuk mencari masa sesuai bagi melakukan serangan. Mereka juga menggunakan empat pemain di bahagian serangan, jadi kami banyak menggunakan transisi permainan untuk halang mereka,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI