fbpx

Jurutera rugi RM300,000 terpedaya skim pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang jurutera kilang berusia 55 tahun kerugian sebanyak RM300,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian melibatkan aplikasi dikenali sebagai NBMAX.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, mangsa memaklumkan dia mula berhubung dengan seorang wanita yang disyaki sebagai suspek melalui aplikasi WhatsApp selepas melihat iklan pelaburan di laman Facebook sekitar awal April lalu.

“Pelaburan itu menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat. Mangsa telah diminta memuat turun aplikasi NBMAX dan mendaftar sebagai ahli sebelum membuat tujuh transaksi wang ke dalam akaun atas nama NB Management Sdn. Bhd.

“Mangsa hanya menyedari diperdaya apabila cuba menambah pelaburan melalui kaunter bank, namun pihak bank memaklumkan dia menjadi mangsa penipuan serta menyekat transaksi tambahan RM52,800. Siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI