fbpx

Bekas pengarah syarikat kena waran tangkap gagal hadir mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chin How (kiri) berbincang dengan pegawai penyiasat SPRM berkaitan prosiding itu di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang bekas pengarah syarikat eksekutif sebuah syarikat pembuatan dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen selepas gagal hadir prosiding pertuduhan kes pecah amanah berjumlah RM39 juta, hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Law Chin How memohon satu waran tangkap ke atas Mak Siew Wei, 50.

Terdahulu, Chin How memberitahu mahkamah bahawa pihaknya percaya lelaki itu telah melarikan diri bagi mengelak didakwa di mahkamah.

“Lelaki itu ditahan SPRM pada 5 Mac lalu, namun dilepaskan dengan jaminan pada hari sama.

“Kami selepas itu cuba mengesan dan pergi ke alamatnya, namun isterinya memaklumkan tidak tahu keberadaan Siew Wei sehingga kini,” katanya.

Tambah beliau, tiada laporan polis dibuat mengenai kehilangan itu dan pihaknya turut membuat hebahan media bagi mengesan Siew Wei.

“Justeru, kami pada 29 April lalu memfailkan saman di Mahkamah Majistret Shah Alam ke atas lelaki itu supaya menghadiri prosiding pendakwaan. Kami juga telah menyerahkan saman itu kepada isterinya pada 13 Mei lalu sekali gus menyempurnakan peruntukan Seksyen 35 dan 36 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Difahamkan, Siew Wei berdepan 14 pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan berkaitan kes pecah amanah berjumlah RM39 juta antara Jun 2020 hingga November 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI