fbpx

[VIDEO] Jambangan bunga kantan hadiah Hari Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar beberapa jambak bunga kantan yang dihasilkan oleh seorang ibu untuk para guru kepada anaknya sempena hari guru, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang ibu menarik perhatian ramai apabila menghadiahkan beberapa jambak bunga kantan sebagai tanda penghargaan kepada para guru sempena Hari Guru yang diraikan hari ini.

Menerusi hantaran video oleh @Iejarejab di TikTok, hadiah tersebut bukan hanya hiasan semata-mata malah boleh digunakan sebagai ramuan masakan.

“Hadiah untuk anak-anak kami, dah boleh masak laksa ya cikgu. Asam pedas pun sedap juga cikgu,” katanya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang kagum dengan kreativiti wanita tersebut yang menghasilkan ‘buah tangan’ sempena Hari Guru.

“Kreatif mak-mak sekarang ni, kita nak bagi macam ni sayur pun mahal sekarang kita bagi alat tulis je,” kata @anis athirah.

“Kreatifnya awak, kalau kita jadi cikgu suka sangat boleh buat (masak) laksa,” kata @mommyfisya.

“Usaha ibu memang luar biasa, anak gembira cikgu pun gembira,” @msreidspencer. – KOSMO! ONLINE

@iejamohamadrejab Hadiah utk cikgu2 ank2 kami..dh bleh masak laksa cikgu nah..asam pedaih pun sedap gak cikgu..🤭#hariguru #hadiahuntukcikgu ♬ Guruku Tersayang – .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI