fbpx
Konsert GenKRU berlangsung dengan penuh meriah selama empat malam di Axiata Arena minggu lalu.

Habis konsert rasa ‘kosong’, anda terkena ‘post concert syndrome’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK Isnin lalu, media sosial dilambakkan dengan ribuan video daripada konsert GenKRU yang berlangsung selama empat malam di Axiata Arena.

Melabuhkan tirai pada 11 Mei lalu, konsert tersebut ternyata meninggalkan impak luar biasa terhadap penontonnya. Masakan tidak, sehingga hari ini, rata-rata mereka yang hadir masih belum dapat ‘move on’ daripada mood konsert.

Lebih parah, ada pula yang merasakan masih berada di lokasi acara dan mengakui tidak puas menyaksikan persembahan tiga beradik iaitu Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim.

Jarang penulis melihat situasi sebegitu berlaku dan lebih mengejutkan, bukan artis luar negara sebaliknya tempatan. Satu hal yang perlu dibanggakan, namun tanpa sedar, kesannya boleh mendorong ke arah negatif.

Melihat luahan dalam media sosial, ramai yang mengakui emosi mereka masih tersekat di konsert tersebut. Bahkan ada yang terbawa-bawa lirik dan tajuk lagu dalam perbualan seharian mereka.

Kedengaran parah tetapi itulah realiti yang berlaku ketika ini. Istilah saintifik yang bertepatan dengan situasi tersebut ialah ‘Post-Concert Syndrome (PCS)’ atau pengalaman emosi yang dialami oleh peminat tegar selepas hadir konsert atau pertemuan.

Mengulas situasi tersebut, Pengarah Bahagian Pembangunan Psikologi, Jabatan Pembangunan Wanita, Dr. Raja Kamariah Raja Mohd. Khalid, PCS juga merujuk kepada perasaan sedih, kosong, atau tidak bersemangat yang dialami segelintir individu selepas menghadiri konsert mereka minati.

“Ada peminat mungkin berasa sukar untuk kembali kepada rutin harian setelah mengalami kegembiraan dan keterujaan yang tinggi semasa konsert.

“Dari aspek psikologi ialah sepanjang konsert, otak kita melepaskan neurotransmitter seperti dopamin dan endorfin yang bertanggungjawab untuk perasaan gembira serta euforia.

“Apabila konsert berakhir, tahap bahan kimia ini menurun secara mendadak, menyebabkan perasaan sedih atau kekosongan,” katanya.

Tambah Raja Kamariah, dalam aspek psikologi, fenomena tersebut dipanggil sebagai dopamine crash atau dopamine hangover.

Ujarnya, kegembiraan terlampau juga akan mendorong seseorang kekurangan energi untuk kembali melakukan rutin harian biasa mereka.

“Antara gejala yang selalunya dialami ialah rasa sedih atau kosong dan keinginan untuk mengulang pengalaman konsert tersebut.

“Gejala-gejala ini biasanya bersifat sementara dan akan berkurang dalam beberapa hari hingga minggu.

“Justeru, mereka perlu menerima perasaan yang dialami kepada individu lain, kongsi kenangan seperti foto atau video dan rancang aktviti yang boleh membantu mengalihkan perhatian daripada perasaan sedih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN