HARIMAU Malaya mendapat sentuhan bekas pemain tengah menyerang Everton, Jose Baxter membantu Peter Cklamovski msnpersiapkan pasukan kebangsaan mengharungi tugasan antarabangsa.
Baxter, 33, akan menyertai kem latihan kali ini dan kehadirannya memberi nilai tambah kepada Harimau Malaya selepas keputusan penolong jurulatih sebelum ini, Mark Milligan pulang ke Australia untuk mengendalikan Newcastle Jets.
“Beliau akan bersama kem kali ini di mana kami merancang untuk (jawatan) penolong jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23). Pelantikan ini dibuat untuk menyokong Nafuzi Zain (ketua jurulatih skuad B-23) dan menyokong falsafah kami dalam skuad B-23.
“Kami melihat masa depan, ini sebagai peluang untuk Jose (Baxter) ke pasukan utama.
“Kami masukkan untuk menyumbang kemahirannya dalam skuad utama dan menyuntik falsafah dalan skuad B-23, sesuatu yang cukup penting untuk masa depan,” katanya.
Selain Everton, Baxter juga memiliki pengalaman menyarung beberapa lagi kelab Inggeris seperti Oldham Athletic, Sheffield United, Plymouth Argyle dan kelab dari Amerika Syarikat, Memphis 901 sebelum memilih untuk menggantung but. – KOSMO! ONLINE