fbpx

Russia nafi bertanggungjawab tembak jatuh MH17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail serpihan pesawat MH17 dekat kampung Grabove, Ukraine pada 2014. - Foto AFP

MOSCOW – Russia menolak keputusan agensi penerbangan awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memutuskan bahawa Moscow bertanggungjawab dalam menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines di Ukraine, lapor portal berita RT semalam. 

Moscow menegaskan bahawa siasatan yang diketuai Belanda ke atas insiden itu adalah bermotifkan politik dan bergantung kepada bukti-bukti daripada Ukraine yang boleh dipersoalkan.

“Pendirian utama Moscow kekal bahawa Russia tidak terlibat dalam nahas MH17 dan semua kenyataan yang diberikan oleh Australia dan Belanda adalah palsu,” kata Kementerian Luar negara tersebut di laman webnya.

Kenyataan itu dibuat selepas Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengundi bahawa Russia gagal menegakkan kewajipannya untuk mengelak daripada menggunakan senjata terhadap pesawat awam.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 penumpang termasuk kru, kebanyakannya warga Belanda, Malaysia dan Australia. 

Insiden itu berlaku ketika tentera Ukraine cuba merebut semula wilayah Donetsk dan Lugansk yang mengisytiharkan pemerintahan sendiri susulan rampasan kuasa yang disokong Barat di Kyiv. 

Rakyat Donetsk dan Lugansk kemudian mengundi untuk menjadi sebahagian daripada Russia pada September 2022.

Pada 2015, satu siasatan yang dijalankan oleh Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine mendapati bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu darat ke udara atau Buk era Kesatuan Soviet yang dihantar oleh Russia kepada militia Donbass. 

Moscow menafikan menyediakan senjata berat kepada pasukan tempatan dan berhujah bahawa pesawat itu terkena versi peluru berpandu yang digunakan oleh tentera Ukraine, bukannya Russia.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI