fbpx

Gajah terkejut pijak wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seekor gajah melintasi jalan di Taman Negara Kruger. - Foto AFP

CAPE TOWN – Seorang pelancong mati dipijak oleh sekawan gajah semasa dia keluar bersiar-siar pada waktu malam di sebuah safari di Afrika Selatan, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.

Wanita berusia 68 tahun itu tinggal di Kem Sirheni Bushveld, Taman Negara Kruger apabila dia meninggalkan suaminya yang sedang tidur untuk ‘mengambil angin’ menjelang pukul 11 malam (waktu tempatan), baru-baru ini.

Sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi merakam pelancong itu berjalan keluar dari pintu kem dan terserempak dengan sekawan gajah.

Haiwan-haiwan itu yang panik menyerang mangsa  dan memijaknya hingga mati.

Jurucakap polis Limpopo, Kolonel Malesela Ledwaba berkata, kematian wanita itu dilaporkan di Balai Polis Saselamani dan polis sedang menyiasat kes tersebut.

“Keadaan sekitar kejadian itu masih menjadi subjek untuk siasatan dan kami tidak akan mendedahkan identiti sehingga kami dapat menghubungi waris mangsa,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI