fbpx

PRN Sabah, Melaka, Johor medan ‘peperangan’ sebenar UMNO – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 di WTC Kuala Lumpur di sini, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak terleka dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada April lalu.

Ini kerana kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemenangan itu hanyalah kejayaan kecil dan medan peperangan yang jauh lebih besar sedang menanti di hadapan.

Beliau berkata, seluruh jentera parti perlu melangkah ke medan perang dengan naratif segar, komunikasi lebih strategik dan gerak kerja lebih tajam, tuntas serta berani.

“PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah bakal membuka gelanggangnya, disusuli PRN Melaka, PRN Johor, dan akhirnya perang besar yang bakal menentukan nasib serta masa depan negara pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU ke-16).

“Janganlah ada di antara kita yang bersengketa, apatah lagi terbuai dalam jerat persepsi dan sentimen yang hanya melemahkan parti.

“Mungkin sudut pandang kita berbeza, tetapi bergeraklah senada, kerana di situlah kunci untuk mengembalikan sokongan rakyat semula,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-79 Majlis Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, keputusan UMNO untuk membentuk Kerajaan
Perpaduan selepas PRU ke-15 masih menjadi bahan tohmahan dan percakapan.

Menurutnya, ada yang mempertikai keikhlasan UMNO, bahkan ada yang menghasut rakyat dengan naratif
bahawa UMNO kini tunduk kepada DAP.

“Hakikatnya, ini bukan persekongkolan eksklusifz ini adalah keputusan kenegaraan. Kerajaan Perpaduan hari ini dibentuk
oleh 18 parti politik meliputi Barisan Nasional, Pakatan Harapan, GPS (Gabungan Parti Sarawak), GRS (Gabungan Rakyat Sabah), Warisan dan lain-lain.

“Ia adalah kerjasama lintas sempadan demi menjamin kestabilan. Kepada mereka yang ghairah meniupkan sentimen agama dan perkauman, ingatlah merekalah juga yang
pernah bergandingan dengan DAP dalam Barisan Alternatif juga Pakatan Rakyat hampir sedekad lamanya,”katanya.

Tambah Ahmad Zahid, parti itu jugalah yang membentuk kerajaan bersama DAP demi
menjatuhkan UMNO pada PRU 2018, malah sanggup melanggar prinsip dengan menggunakan logo Keadilan (Parti Keadilan Rakyat).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI