fbpx

Liga Europa: Spurs akui layak beraksi di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLANKE (tengah) berjaya membuka tirai jaringan ketika Spurs membenam Bodo/Glimt awal pagi semalam. - AFP

BODO, Norway – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mengakui pasukannya layak untuk beraksi di pentas final Liga Europa selepas menewaskan wakil Norway, Bodo/Glimt 5-1 secara agregat awal pagi semalam.

Pada aksi separuh akhir kedua itu, Spurs yang memiliki kelebihan 3-1 berjaya meraih kemenangan 2-0 di tempat lawan hasil penyudah Dominic Solanke dan Pedro Porro.

Keputusan tersebut menyaksikan Spurs mara ke final Liga Europa dan bakal bertemu Manchester United di Stadium San Mames, Bilbao pada 22 Mei depan.

Kata Postecoglou, prestasi tidak konsisten dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bukanlah ‘modal’ buat mana-mana pasukan memandang enteng terhadap Spurs.

“Saya rasa pasukan kami dan United berhak untuk beraksi di pentas final kerana kami berjaya menyingkirkan beberapa kelab berpengaruh Eropah untuk ke tahap ini. Justeru, saya jangka perlawanan yang sengit nanti.

“Mengenai prestasi domestik, ia tidak lagi menjadi keutamaan kerana jika semua boleh bersaing di pentas final kejohanan bertaraf Eropah, kenapa tiga pasukan teratas EPL (Liverpool, Arsenal dan Manchester City) gagal.

“Namun, saya faham dengan kritikan pihak luar tetapi ia tidak bermakna mereka boleh merendahkan keupayaan kami.

“Apa yang penting, ini adalah peluang terbaik untuk kita menamatkan penantian trofi,” kata pengendali kelahiran Australia itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI