fbpx

Pasukan ranking 72 dunia uji Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara perlu memanfaatkan peluang bertemu Cape Verde sebagai persiapan untuk bertemu Vietnam.

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski mahu pemainnya memanfatkan dua aksi persahabatan menentang Cape Verde pada 29 Mei dan 3 Jun nanti.

Mengambil kira kualiti pemain lawan yang majoritinya berkelana di Eropah, Cklamovski percaya kesempatan ini akan membolehkannya menilai secara lebih terperinci keupayaan pemain yang akan dipanggil.

“Kem latihan yang kita rancang adalah fasa penting untuk mempersiapkan diri untuk menentang Vietnam. Kem latihan bukan hanya tentang persiapan, Ia tentang membangunkan permainan kita dengan tujuan sebenar.

“Kami memilih lawan yang kuat dimana Cape Verde merupakan salah satu pasukan kebangsaan terbaik Afrika dan memiliki pemain yang berain pada tahap tertinggi di Eropah. Ini adalah jenis ujian yang kita perlukan.

“Ia akan mendorong kita, mencabar kita dan membantu kita berkembang sebagai pasukan,” katanya.

Harimau Malaya akan memastikan persiapan lebih rapi untuk enenang jaguh Asia Tenggara pada Kumpulan F pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa, 10 Jun.

Untuk rekod, Cape Verde pernah meraih pencapaian terbaik di pentas Piala Negara-Negara Afrika apabila layak ke suku akhir pada edisi 2013 dan 2023.

Antara pemain Cape Verde terbaik yang akan ditentang pemain negara adalah Logan Costa yang kini menyarung jersi kelab La Liga, Villarreal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI