fbpx

Yuit Mei dicari, saksi kes pecah amanah pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuit Mei.

PiKUALA LUMPUR – Polis mencari seorang saksi kes pecah amanah (pekerja) O.G. Height Condo, di sini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner, Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, saksi wanita tersebut bernama Loo Yuit Mei berusia 66 tahun yang merupakan pengurus kepada bangunan tersebut.

“Saksi beralamat di Kiara Residence 2, Jalan Jalil Perwira 1, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan saksi seperti di atas diminta hadir ke Balai Polis yang berdekatan untuk memberi keterangan atau menghubungi Inspektor Sivalingam Sillappan di talian 019-222 2414,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Ku Mashariman, orang ramai juga dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekualasi berkaitan kes ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI