fbpx

Nazir, Farik dilarang keluar negara 5 tahun, tak boleh tunai umrah, haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMED Nazir (kiri) dan Mohammed Farik yang ditahan di Guatanamo Bay selama lebih 18 tahun.

KUALA LUMPUR – Polis mengenakan larangan perjalanan selama lima tahun terhadap dua pengganas warga Malaysia yang dihantar pulang selepas ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba selama lebih 18 tahun.

Larangan itu dikenakan ke atas Muhammed Nazir Lep, 49 dan Muhammed Farik Amin, 48, yang mengaku bersalah dalam insiden pengeboman yang mengorbankan lebih 200 orang di Bali, Indonesia pada 2002.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada persetujuan dengan kerajaan.

Menurutnya, Farik dan Nazir perlu kekal di dalam negara selama lima tahun termasuk tidak boleh melaksanakan umrah dan haji.

“Tiada sekatan untuk perjalanan dalam negara, namun mereka dinasihatkan untuk memberitahu polis berkenaan lokasi mereka untuk tujuan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Razaruddin berkata, kedua-dua lelaki itu sedang memberi tumpuan untuk membina semula kehidupan dengan keluarga.

Difahamkan, Nazir kini menanam cili dan menternak ayam dan kambing manakala Farik pula menjaga ibu bapanya yang sudah tua.

Nazir, Farik dan Encep Nurjaman atau lebih dikenali Hambali ditahan di Thailand pada 2003 dan kemudiannya dibawa ke lokasi tahanan rahsia sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Teluk Guantanamo pada 2006.

Nazir dan Farik dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah tentera Amerika Syarikat pada Januari 2023 selepas mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan berkaitan serangan di Bali.

Mereka dibenarkan pulang ke Malaysia pada Disember tahun lalu selepas bersetuju memberi keterangan terhadap suspek utama iaitu Hambali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI