fbpx

Iran nafi terlibat komplot serang Kedutaan Israel di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan bangunan Kedutaan Israel di London. – AGENSI

TEHRAN  – Menteri Luar Abbas Araghchi hari ini menolak dakwaan bahawa Tehran terlibat dalam komplot untuk menyerang kedutaan Israel di London, berikutan penangkapan tujuh rakyat Iran.

Polis United Kingdom(UK) berkata,  tujuh warga Iran itu ditahan kerana ‘jenayah keganasan’ dalam operasi berasingan merangkumi  tiga operasi pada Sabtu lepas dan empat keesokan harinya.

Menteri Dalam Negeri Britain, Yvette Cooper berkata,  penahanan mereka berlaku di tengah-tengah peningkatan kebimbangan mengenai aktiviti subversif Iran.

Akhbar The Times melaporkan bahawa ketujuh-tujuh suspek ditahan berhubung rancangan untuk menyerang kedutaan Israel di London, tetapi pihak berkuasa UK belum memberikan  kenyataan rasmi.

“Iran tegas menolak sebarang penglibatan dalam tindakan sedemikian dan mengesahkan bahawa kami tidak dimaklumkan mengenai sebarang dakwaan melalui saluran diplomatik yang betul,” kata Araghchi dalam satu hantaran di laman X.

Menurutnya, Iran telah meminta penjelasan segera mengenai penahanan tujuh rakyatnya dan akses konsulat kepada tahanan.

Penahanan itu berlaku ketika rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat, bertujuan untuk mencapai perjanjian mengekang program nuklear Tehran, ditangguhkan pada hujung minggu lalu dengan pengantara, Oman memberikan alasan ‘logistik.’

Diplomat Iran sepatutnya bertemu pada 2 Mei lalu dengan wakil Britain, Perancis dan Jerman berikutan penangguhan rundingan AS-Iran.

“Terdapat sejarah pihak ketiga yang bertekad untuk menggagalkan diplomasi dan mencetuskan peningkatan ketegangan menggunakan langkah terdesak, termasuk operasi bendera palsu,” kata Araghchi tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI