fbpx

Panggil mak cik pun tak boleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seorang pelanggan wanita yang menegur seorang peniaga hanya kerana dipanggil dengan gelaran ‘mak cik’.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelanggan wanita yang menegur seorang peniaga hanya kerana dipanggil dengan gelaran ‘mak cik’ mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

Menurut perkongsian di TikTok oleh @Rosizwanarifin, dua peniaga lelaki dilihat sedang menyiapkan pesanan makanan pelanggan sebelum salah seorang daripada mereka ditegur oleh wanita berkenaan kerana menggunakan panggilan yang dianggap tidak sesuai.

“Adik nak cakap dengan pelanggan cakap tuan atau puan jangan mak cik-mak cik. Akak pun tak apa. Adab dengan pelanggan,” tegas wanita itu.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dan perdebatan hangat dalam kalangan orang ramai, yang rata-ratanya menganggap teguran tersebut berlebihan.

“Dia macam betullah gelaran itu penting untuk dipanggil tapi kalau urusan setakat beli popiah tak perlu  terasa panggil mak cik,” kata @Nedprism.

“Dulu kami hormat orang lebih tua panggil mak cik elok sahaja. Kenapa sekarang tak boleh,” kata @Maliksixtynine.

“Biasa memang ada orang macam ini, agungkan sangat status dan pangkat,” kata @Hakimluqman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI