fbpx
Ramai berlumba-lumba mendapatkan duit mudah di Facebook. - Gambar hiasan

Stars Facebook lawan gifts TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Seminggu dua ini heboh mengenai platform Facebook boleh menjana duit dengan mudah setelah Meta memperluaskannya kepada pelbagai cara lain.

Pendekatan baharu dilakukan ini bagi bersaing dengan TikTok yang jauh meninggalkan Facebook daripada segi kandungan yang lebih mesra dengan orang muda.

Facebook kekal terkenal dan diikuti oleh golongan berusia 30 tahun ke atas yang masih menggunakan platform itu untuk sumber berita, membeli barang-barang terpakai atau mendengar ceramah agama.

Namun, untuk menambah pengikut dalam kalangan orang muda jurangnya agak jauh kerana golongan itu lebih meminati TikTok kerana lebih dekat dengan hati mereka.

Disebabkan itu, pemilik Facebook iaitu Meta cuba mengambil hati influencer (pempengaruh) dan golongan muda dengan menjana duit melalui platform itu melalui pelbagai cara.

Dengan bahasa mudahnya gift seperti di TikTok boleh diperolehi atau dinikmati dengan mudah di Facebook sekarang ini, cumanya namanya stars.

Dulu pemilik akaun dapat menjana duit melalui posting video apabila ada ads break (iklan antara kandungan video) tetapi sekarang ia telah dipelbagaikan bagi membeli jiwa anda.

Jika ada yang menyukai posting gambar kita dengan turut mendapat engagement tinggi diyakini ia turut memperoleh stars yang banyak. Satu stars bersamaan AS$0.01 (bergantung terma syarat lain juga).

Iklan (ads break) melalui video Reels juga turut diperkenalkan selain ganjaran tambahan bagi setiap kandungan yang dapat jumlah view dan engagement yang tinggi.

Selain itu, duit juga boleh melalui subscription dan in stream ads. Semua perkara ini sekarang diajar secara bersungguh-sungguh oleh coach (guru) media sosial kerana segala iklan dan stars yang ingin diterima ada syaratnya juga.

Umpamanya jumlah pengikut yang melebihi 1,000 dan sebagainya dan kita perlu selesaikan weekly challenge yang sememangnya mencabar dan ada kalanya hanya selesai separuh jalan.

Sebenarnya stars bukan perkara baru di Facebook cuma ia tidak sepopular gifts di TikTok kerana bagi penulis masalah birokrasi di Meta sangat ‘melecehkan’.

Jangan ingat gula-gula wang di Facebook itu semudah anda tadah tangan terus stars akan masuk akaun.

Ia tidak mudah lagi-lagi akaun anda pernah kena sekatan, reman dan gantung tidak bertali.

Walaupun video mendapat 500,000 atau 1 juta penonton sekali pun jika akaun anda berstatus risk atau dalam pemantauan semua itu akan jadi sia-sia kerana duit tidak akan dapat dijana.

Lebih baik kita buat kandungan media di YouTube atau siaran langsung di TikTok dapat juga gift walaupun RM50.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN