“KITA ini kena pandai, tapi jangan memandai-mandai.” Ayat ringkas tersebut terngiang-ngiang dalam kepala. Terlalu banyak main media sosial agaknya. Jangan negatif, ‘pekerja komited’ macam penulis main media sosial atas dasar kerja sahaja (alasan), sesekali saja seronok-seronok, maklumlah zaman remaja dahulukala, usahkan media sosial, telefon awam pun jenuh nak jumpa. Balik kepada bab pandai dan memandai-memandai. Kita dituntut menjadi pandai, sebab itulah anak seawal empat tahun, malah ada yang baru umur tiga tahun sudah dihantar masuk sekolah. Tak kiralah ‘play school’……