fbpx

[VIDEO] ‘Berdoa sudah betul, tapi baca doa makan pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kanak-kanak yang sedang berdoa di hadapan batu nisan.

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang berdoa di hadapan batu nisan mencuit hati netizen.

Menerusi sebuah klip yang dikongsikan oleh @AinaHalim96, menunjukkan tindakan spontan anaknya yang terus duduk sejurus lihat batu nisan meskipun bukan berada di kawasan perkuburan.

“Random (rawak) betul anak nombor dua ini, kadang-kadang fikiran luar kotak.

“Berdoa itu sudah betul, tetapi pergi baca doa makan pula,” kata ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen meninggalkan komen yang terhibur dengan aksi si kecil itu.

“Batu nisan siapa punya agaknya nanti, bertuah betul. Belum ‘register’ (daftar) sudah ada yang mendoakan,” komen @Miey.

“Doa apalah agaknya yang dia baca ya sebab cepat sangat nampaknya itu,” kata @LaksaPuding.

“Perempuan tidak bercerita, tapi tiba-tiba duduk berziarah dan berdoa,” @Nzul70. – KOSMO! ONLINE

@ainahalim96 random betul anak number 2 ni 🙄 kadang2 luar kotak. berdoa tu betul dah, tapi p baca doa makan pulak 😭 kira halal lah 😁 #random #fyp ♬ suara asli – R1F4L_handika T

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI