JOHOR BAHRU – Seorang guru lelaki sebuah sekolah di bandar raya ini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap tiga pelajar sekolahnya.
Suspek berusia 33 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Difahamkan, suspek melakukan perbuatan itu terhadap tiga mangsa pada tahun 2023. Ketiga-tiga pelajar tersebut bagaimanapun tampil membuat laporan polis pada minggu ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan laporan yang dibuat oleh mangsa dan guru tersebut dibawa ke mahkamah bagi urusan permohonan reman. – KOSMO! ONLINE