fbpx

Kelantan negeri kedua selamat di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kelantan disenaraikan sebagai negeri kedua paling selamat di Malaysia selepas mencatatkan indeks jenayah pada tangga kedua terendah hasil laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, melalui indeks itu, Kelantan mencatatkan skor 96 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Jenayah indeks itu melibatkan jenayah kekerasan, bunuh, mencederakan, harta benda, rogol, rompak serta mencuri.

“Justeru, Kelantan mencatatkan negeri kedua paling selamat selepas Sabah menerusi laporan terbaharu DOSM,” katanya semasa menjawab soalan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan memberitahu, masalah sosial dan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang melibatkan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu kepada negeri-negeri tertentu sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI