fbpx

Menyamar pelanggan elak dicekup Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan dalam operasi tersebut.

SHAH ALAM – Helah segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) menyamar sebagai pelanggan gagal selepas ditangkap dalam empat serbuan berasingan di sekitar negeri ini, semalam.

Serbuan menerusi Op Selera, Mahir dan Minyak bermula pukul 2 petang berjaya menahan 44 PATI termasuk lima wanita kesemuanya berusia 20 hingga 40 tahun.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi dilakukan di sekitar Klang, Subang Jaya dan Petaling Jaya hasil risikan dan maklumat berhubung warga asing yang bekerja di gerai dan kilang.

Katanya, seramai 46 diperiksa sebelum menahan 36 warga Myanmar dan lapan Bangladesh.

“Semasa serbuan didapati ada PATI yang cuba melarikan diri mengikut pintu belakang premis dan menyamar sebagai pelanggan.

“Namun, usaha itu semua gagal apabila berjaya dikesan selain kawasan operasi telah dikepung pihak kami,” katanya hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga telah mengeluarkan sebanyak tiga saman saksi kepada majikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua PATI dihantar ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI