fbpx

Mentaliti luar biasa kunci kejayaan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk (tengah) meledak gol kemenangan menewaskan West Ham 2-1 kelmarin. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot menganggap mentaliti luar biasa para pemainnya menyaksikan mereka hanya memerlukan enam mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Meskipun terpaksa bekerja keras menentang West Ham United di Anfield kelmarin tetapi ia tidak menghalang The Reds untuk mencatat kemenangan 2-1 sekali gus di ambang menjuarai gelaran EPL buat kali ke-20.

Selain hanya memerlukan enam mata lagi, Liverpool mampu ditabalkan sebagai juara lebih awal sekiranya menang ke atas Leicester City dan pada masa sama pencabar terdekat, Arsenal tewas di tangan Ipswich pada Ahad ini.

Kini, Liverpool hanya menanti masa untuk mendakap kejuaraan ke-20 sekali gus menyamai rekod pemenang liga terbanyak sebelum ini yang dimenangi oleh Manchester United.

“Itulah yang kami lakukan sepanjang musim. Selepas kecewa disingkirkan (Liga Juara-Juara Eropah) PSG (Paris Saint-Germain), kami bangkit semula dan tunjukkan setiap tiga hari dengan mentaliti sebegini.

“Kami tidak menang perlawanan dengan cara mudah. Sebaliknya, kami mengawal bola, menghantar lima kali sesama pemain dan meledak satu gol, kemudian meraih jaringan seterusnya dan seterusnya.

“Jika kami capai sesuatu tahun ini, ia disebabkan mentaliti yang ditunjukkan oleh pemain dan itulah yang anda dapat lihat hari ini,” kata Slot.

Sebagai rekod, Liverpool yang hanya tewas dua perlawanan EPL musim ini, berkelebihan 13 mata dengan Arsenal di tangga kedua dengan saingan berbaki enam perlawanan sahaja lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI